FacebookInstagramTwitterContact

 

12-Year Old Kids Selected To Represent Brunei Darussalam At Football For Friendship Programme In Russia           >>           Fenerbahce Game Abandoned After Fans Throw Objects At Besiktas Coach           >>           Arsenal's Arsene Wenger: Patrick Vieira Could Succeed Me One Day           >>           Final Of English Language Debating Competition           >>           Mukim Bokok Consultative Council 6th Annual General Meeting           >>           Lalla Meryem Cup: Nicole Garcia Holds Two-Shot Lead On Day One           >>           Ettore Messina To Coach Spurs In Game 3 Vs. Warriors           >>           Lance Armstrong To Pay $5M To Settle U.S. Government Fraud Lawsuit           >>           Photography Exhibition           >>           Administrative Assistant And Secretarial Convention Closing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:12AM

Doha

: 06:35AM

Zohor

: 12:20PM

Asar

: 03:32PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:37PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Israk Mikraj


PARA peserta Majlis Khatam Al-Quran anjuran Takmir Masjid Setia Ali dengan usahasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong

 


 April 16th, 2018  |  10:36 AM  |   156 views

PEKAN MUARA

 

Takmir Masjid Setia Ali dengan usaha sama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong buat julung-julung kalinya  mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena Sambutan Israk Mikraj 1439 Hijrah di Masjid Setia Ali, Pekan Muara, di sini.

 

Seramai 32 peserta terdiri daripada 19 Muslimah Masjid Setia Ali dan MPK Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong serta 13 beliawanis Masjid Setia Ali menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Hasbi.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas oleh peserta khatam diikuti dengan bacaan takhtim yang diketuai bersama oleh Dayang Hajah Lailawati binti Haji Ahmad dan Dayang Hajah Hashimah binti Haji Seruji.

 

 Sementara itu, Doa Khatam pula dibacakan oleh Nurul Wasilah @ Ainul Basirah binti Haji Bakar.

 

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil khatam dan merenjis minyak wangi oleh tetamu kehormat majlis.

 

 Pengerusi Majlis, Dayang Hajah Rosenah binti Haji Mohd. Yussof ketika ditemui berkata adapun antara tujuan utama majlis khatam ini diadakan bagi memupuk kecintaan dan minat terhadap pembacaan Al-Quran sebagai salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam, menjadikannya sebagai amalan harian.

 

 Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara para Muslimah, beliawanis dan masyarakat kampung dalam sama-sama mengendalikan majlis keugamaan dan kemasyarakatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Hotel Guests Dry Clothes At Road Divider In KK

 2018-04-20 10:11:24

Five Ways China's Past Has Shaped Its Present

 2018-04-20 09:16:38

$30 Billion Philippine Stock Rout Gets Domestic Bulls Buying

 2018-04-20 10:09:30