FacebookInstagramTwitterContact

 

12-Year Old Kids Selected To Represent Brunei Darussalam At Football For Friendship Programme In Russia           >>           Fenerbahce Game Abandoned After Fans Throw Objects At Besiktas Coach           >>           Arsenal's Arsene Wenger: Patrick Vieira Could Succeed Me One Day           >>           Final Of English Language Debating Competition           >>           Mukim Bokok Consultative Council 6th Annual General Meeting           >>           Lalla Meryem Cup: Nicole Garcia Holds Two-Shot Lead On Day One           >>           Ettore Messina To Coach Spurs In Game 3 Vs. Warriors           >>           Lance Armstrong To Pay $5M To Settle U.S. Government Fraud Lawsuit           >>           Photography Exhibition           >>           Administrative Assistant And Secretarial Convention Closing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:12AM

Doha

: 06:35AM

Zohor

: 12:20PM

Asar

: 03:32PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:37PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Kesedaran Amalan Gaya Hidup Sihat


SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haii Abdul Manap bin Othman merasmikan pelepasan aktiviti walkhaton

 


 April 16th, 2018  |  10:27 AM  |   149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperkenalkan Hari Antarabangsa Kegiatan Fizikal yang disambut pada 6 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai faedah dan pentingnya amalan melakukan kegiatan fizikal.

 

 Bagi menyahut saranan itu, Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan, dengan kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama Syarikat Fitness Zone hari ini mengadakan Sambutan Hari Antarabangsa Kegiatan Fizikal 2018 dengan tema 'Be Active Everyday (Aktif lah Setiap Hari) di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

 Antara aktiviti yang diadakan termasuk walkaton sejauh 3.5 kilometer dan acara berbasikal sejauh 115 kilometer di kawasan Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

 Turut diadakan ialah acara penyampaian plak penghargaan kepada instruktur dan pusat-pusat kecergasan (fitness studio) yang bersama-sama menyumbangkan tenaga mereka dalam  program-program kesihatan seperti Program Mukim Sihat, senamrobik di Pusat Promosi Kesihatan, Bandarku Ceria dan lain-lain.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan plak penghargaan ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haii Abdul Manap bin Othman yang juga turut menyertai aktiviti walkaton.

 

 Bagi menyelaraskan lagi tema Aktif Lah Setiap Hari, satu 'Call-for-action' telah dibuat khusus bagi tempat-tempat kerja agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan yang bertujuan untuk mengurangkan aktiviti duduk berpanjangan atau 'prolonged sitting' di tempat kerja dengan mengadakan beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan tahap kegiatan fizikal di tempat keria.

 

 "Call-for-action' ini akan berlangsung sepanjang Minggu Aktif Brunei atau 'Brunei Activation Week' yang akan diadakan mulai 16 April hingga 28 April 2018.

 

 Kementerian Kesihatan mengalu-alukan semua pihak berkepentingan dan orang ramai di tempat kerja supaya akan dapat mewujudkan atau mengukuhkan dasar Tempat Kerja Sihat, yang mempromosi kegiatan fizikal serta menyediakan atau memastikan infrastruktur yang kondusif untuk melakukan kegiatan fizikal seperti tangga pejabat yang selamat dan mudah diakses selain meningkatkan kesedaran mengenai kegiatan fizikal dan menggalakkan kegiatan fzikal dalamkalangan pekerja.

 

Dengan adanya pendekatan seperti ini, Kementerian Kesihatan berharap agar orang ramai serta agensi-agensi Kerajaan dan swasta dan juga mereka yang berkepentingan termasuklah pusat-pusat kecergasan akan sama-sama mengambil insiatif untuk membantu pihak kementerian mengurangkan kadar obesiti dan meningkatkan kesedaran amalan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kualiti kehidupan di negara ini.

 

 Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Antarabangsa Kegiatan Fizikal tersebut, mana-mana aktiviti yang diadakan di setiap jabatan atau syarikat boleh dimuat naik ke Facebook Pusat Promosi Kesihatan di 'Health Promotion Centre' atau instagram @hpcBrunei dan mengikuti cabaran #CAPAI30workplace.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Hotel Guests Dry Clothes At Road Divider In KK

 2018-04-20 10:11:24

Five Ways China's Past Has Shaped Its Present

 2018-04-20 09:16:38

$30 Billion Philippine Stock Rout Gets Domestic Bulls Buying

 2018-04-20 10:09:30