FacebookInstagramTwitterContact

 

12-Year Old Kids Selected To Represent Brunei Darussalam At Football For Friendship Programme In Russia           >>           Fenerbahce Game Abandoned After Fans Throw Objects At Besiktas Coach           >>           Arsenal's Arsene Wenger: Patrick Vieira Could Succeed Me One Day           >>           Final Of English Language Debating Competition           >>           Mukim Bokok Consultative Council 6th Annual General Meeting           >>           Lalla Meryem Cup: Nicole Garcia Holds Two-Shot Lead On Day One           >>           Ettore Messina To Coach Spurs In Game 3 Vs. Warriors           >>           Lance Armstrong To Pay $5M To Settle U.S. Government Fraud Lawsuit           >>           Photography Exhibition           >>           Administrative Assistant And Secretarial Convention Closing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:12AM

Doha

: 06:35AM

Zohor

: 12:20PM

Asar

: 03:32PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:37PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BND148,695,655.00 diperuntukkan bagi KHEDN


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abu Bakar bin Haji Apong semasa membentangkan mengenai rasional belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abu Bakar bin Haji Apong semasa membentangkan mengenai rasional belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abu Bakar bin Haji Apong semasa membentangkan mengenai rasional belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abu Bakar bin Haji Apong semasa membentangkan mengenai rasional belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 


 March 13th, 2018  |  11:36 AM  |   289 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebanyak BND148,695,655.00 telah diperuntukkan bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi perbelanjaan Tahun Kewangan 2018 / 2019.

 

Perkara tersebut dibentangkan dalam ucapan mukadimah oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong pada hari keenam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis.

 

Kementerian ini jelas Yang Berhormat, sentiasa mengambil berat akan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, agar ia sentiasa relevan dengan keadaan semasa dan mesra pelanggan, sentiasa cekap dan memenuhi matlamat berkenaan.

 

Dari itu selaras dengan teras skop Pelan Strategik Kementerian tambah Yang Berhormat, beberapa program telah dan akan dijalankan dengan Tahun Kewangan 2018 / 2019 bagi membantu mengukuhkan keselamatan, kesejahteraan, memangkin sosioekonomi dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang semua ini dilaksanakan.

 

''Di bawah Tajuk SE02A - Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Tajuk SE03A - Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Tajuk SE04A - Lembaga Bandaran Tutong iaitu kuasa-kuasa tempatan dan perbandaran sebanyak BND52,766,023.00 atau 40 peratus daripada jumlah peruntukan adalah bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan rakyat serta memantapkan lagi peranan keberkesanan Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Ia juga digunakan untuk memajukan perbandaran dan meningkatkan prasarana yang kondusif bagi perniagaan.''

 

''Manakala di bawah Tajuk SE05A - Jabatan Buruh, Tajuk SE10A - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Tajuk SE11A - Jabatan Penjara dan Tajuk SE112A - Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu keselamatan dan kesejahteraan sebanyak BND79,370,080.00 atau 60 peratus daripada jumlah peruntukan diperuntukkan. Jumlah yang dipohonkan ini untuk tujuan Penguatkuasaan Undang-Undang Pencegahan Kebakaran, Pengurusan Bencana Alam dan membantu memantapkan keupayaan sumber manusia,'' terang Yang Berhormat Menteri.

 

Yang Berhormat Menteri seterusnya menjelaskan, bagi Tahun Kewangan 2018 / 2019, KHEDN akan memfokuskan peruntukan ini kepada usaha-usaha berikut.

 

Untuk meningkatkan perpaduan masyarakat selaras dengan KPI Wawasan Brunei 2035 iaitu 2.11 di bawah strategi pembangunan institusi adalah amat penting bagi mengadakan pemimpin di peringkat akar umbi yang berwibawa dan berkualiti. Walau bagaimanapun, sehingga 20 Februari 2018 masih terdapat 65 jawatan Penghulu dan Ketua Kampung yang masih kosong dan perlu diisikan.

 

Jelas Yang Berhormat, menerusi Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 2015 yang telah pun diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan dilaksanakan mulai 23 Disember 2017, diharapkan akan dapat membantu mempertingkatkan lagi peranan tugas dan tanggungjawab Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Dengannya akan dapat mengukuh dan memantapkan lagi martabat, kewibawaan kualiti kepimpinan dan keberkesanan institusi Penghulu dan Ketua Kampung.

 

''Kita masih lagi berhadapan dengan cabaran mengenai kurang atau ketiadaan calon yang bersesuaian bagi dicalonkan sebagai calon Ketua Kampung. Sebagai usaha jangka sederhana bagi menyediakan tenaga pelapis kementerian dengan kerjasama Institute for Leadership, Innovation and Advancement (ILIA), Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan Bengkel Asas Kepimpinan Masyarakat selama tiga bulan yang disertai oleh Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Bengkel ini antaranya diharap untuk memberikan kemahiran kepimpinan, di samping menilai potensi peserta bagi digilap dan seterusnya diketengahkan sebagai calon-calon yang berpotensi bagi jawatan Ketua Kampung, tertakluk kepada kesesuaiannya. Kita akan terus menilai keberkesanan rancangan ini,'' ujar Yang Berhormat.

 

Dalam usaha meningkatkan hasil kerajaan tambah Yang Berhormat, tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan lagi Kutipan Hasil Cukai iaitu Cukai Semasa dan Cukai Tertunggak.

 

Sehingga 31 Disember 2017 semenjak tertubuhnya Unit Task Force Recovery pada 16 April 2016, Lembaga-Lembaga Bandaran telah dapat mengutip tunggakan sebanyak BND5.77 juta dan seterusnya mengurangkan jumlah tunggakan dari BND46 juta ke BND40.29 juta.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, beberapa inisiatif sedang dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan dan memperkesankan hasil tunggakan, iaitu melalui perkhidmatan 'sms push notification', penggunaan kaedah konsep 'paeeto' penubuhan Credit Control Unit dan garis panduan bayaran panduan Bayaran Ansuran.

 

Yang Berhormat menambah, inisiatif juga dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi menerusi penggunaan utiliti seperti menggunakan 'energy saving devices', mengawal penggunaan elektrik seperti lampu, sistem penghawa dingin dan sebagainya serta lain-lain inisiatif.

 

Selaras dengan usaha-usaha kerajaan yang amat mengutamakan keperluan berhemah dalam perbelanjaan negara, terutama sekali dalam membangunkan infrastruktur, kementerian ini tambahnya telah pun mulai tahun 2017 mengenal pasti aset-aset kementerian dan mengeluarkan 'Request for proposal' bagi beberapa aset di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Temburong menerusi kaedah Private Public Patnership yang diharap boleh meringankan bebanan kerajaan sambil menjimatkan serta menguntungkan kedua pihak kerajaan dan swasta.

 

Melalui kaedah ini ujar Yang Berhormat, di samping melaksanakan projek secara efisien ia juga akan dapat membukakan peluang penglibatan golongan peniaga dan bangsa tempatan.

 

Yang Berhormat seterusnya menyatakan, berkaitan dengan program Satu Kampung Satu Produk, dengan Penubuhan Jawatankuasa Khas Peringkat Kebangsaan yang telah pun diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Mei 2017, kita berharap akan dapat meningkatkan kemajuan 1K1P.

 

Menurutnya, beberapa rancangan telah pun dibincangkan bersama agensi-agensi yang berkepentingan di dalam dan di luar negeri untuk mempertingkatkan kualiti pengeluaran rangkaian produk IKIP supaya produk-produk berkenaan akan 'sustainable' dan boleh menembusi pasaran domestik dan serantau termasuk meningkatkan kualiti produk, pembungkusan, pemasaran dan memenuhi keperluan persijilan iaitu Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Sijil Halal Brunei Darussalam.

 

Sehubungan itu, salah satu daripada inisiatif ini ialah menjalin kerjasama dengan pihak berkenaan di Thailand khasnya 'One Tambon One Product' untuk membimbing pengusaha-pengusaha 1K1P. Ini selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya pihak kerajaan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana memulakan dan menjalankan perusahaan sehingga peniaga atau pengusaha berjaya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Hotel Guests Dry Clothes At Road Divider In KK

 2018-04-20 10:11:24

Five Ways China's Past Has Shaped Its Present

 2018-04-20 09:16:38

$30 Billion Philippine Stock Rout Gets Domestic Bulls Buying

 2018-04-20 10:09:30