FacebookInstagramTwitterContact

 

12-Year Old Kids Selected To Represent Brunei Darussalam At Football For Friendship Programme In Russia           >>           Fenerbahce Game Abandoned After Fans Throw Objects At Besiktas Coach           >>           Arsenal's Arsene Wenger: Patrick Vieira Could Succeed Me One Day           >>           Final Of English Language Debating Competition           >>           Mukim Bokok Consultative Council 6th Annual General Meeting           >>           Lalla Meryem Cup: Nicole Garcia Holds Two-Shot Lead On Day One           >>           Ettore Messina To Coach Spurs In Game 3 Vs. Warriors           >>           Lance Armstrong To Pay $5M To Settle U.S. Government Fraud Lawsuit           >>           Photography Exhibition           >>           Administrative Assistant And Secretarial Convention Closing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:12AM

Doha

: 06:35AM

Zohor

: 12:20PM

Asar

: 03:32PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:37PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menjadikan BIMP-EAGA berdaya tahan


YANG Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

 


 March 13th, 2018  |  11:16 AM  |   268 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof menjelaskan bahawa pihak swasta sentiasa  digalakkan untuk meneroka peluang-peluang dalam BIMP-EAGA di kesemua aktiviti-aktiviti yang dimajukan bagi menarik pelaburan masuk ke negara-negara BIMP-EAGA keseluruhannya dan pelancongan dari BIMP-EAGA juga meningkat dari setahun ke setahun.

 

Usaha-usaha yang diadakan menurut Yang Berhormat ,adalah di bawah landasan BIMP-EAGA dengan mendapat sokongan yang padu dari tahap yang tertinggi,iaitu ketua-ketua negara BIMP-EAGA telah meluluskan atau mengesahkan Visi BIMP-EAGA 2025 iaitu rancangan hala tuju BIMP-EAGA bagi tempoh 2017 sampai 2025 untuk menjadikan rantau ini berdaya tahan, inklusif, mapan, kompetitif dari segi ekonomi melalui industri-industri pembuatan yang berdaya saing, industri pertanian dan perikanan yang 'sustainable' serta pelancongan yang berdaya tahan.

 

Yang Berhormat menjelaskan demikian ketika menjawab isu yang  dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin bin Haji Johari, mengenai sejauh manakah keterlibatan peniaga-peniaga tempatan dalam aktiviti ekonomi BIMP-EAGA dan pembarigaan aktiviti perniagaan BIMP-EAGA kepada rakyat Negara Brunei Darussalam, khususnya peniaga-peniaga tempatan di hari keenam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara.

 

Manakala ketika menjawab isu mengenai kerjasama dalam bidang-bidang pertanian seperti penyelidikan 'variety' padi ataupun kerjasama dalam benih-benih kelapa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri HELNP menjelaskan bahawa perkara benih-benih kelapa telah didorong oleh sektor swasta (private sector) untuk mengadakan industri tersebut dalam BIMP-EAGA secara 'bilateral' ataupun lebih 'trilateral'.

 

Dengan yang demikian, menurut Yang Berhormat, barulah ianya akan  dapat diusahakan bersama dari segi kerajaan dalam BIMP-EAGA dan seterusnya  mengadakan dasar-dasar yang lebih menarik untuk meningkatkan industri-industri yang akan dimajukan.

 

Menurut Yang Berhormat, sekiranya sektor swasta menginginkan untuk bekerjasama dalam membuat penyelidikan ataupun berkongsi maklumat mengenai jenis-jenis 'variety' padi, maka pihak kerajaan juga meningkatkan usaha ini untuk membuat perundingan selanjutnya.

 

Sementara mengenai perancangan 'regional airlines' pula, bahawa sudah ada sektor swasta yang berkeinginan untuk membuat 'regional airlines' dan barulah ia akan dirundingkan pada tahap pihak kerajaan.

 

''Memang dari segi sektor swasta, ada sudah menyuarakan keinginannya tetapi di Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP EAGA pada penghujung tahun lepas perkara ini masih lagi dalam tahap 'exploratory' kerana dari segi komersialnya belum dapat membuahkan kerjasama yang konkrit,'' jelas Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Zabaidah Haji Salat

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Hotel Guests Dry Clothes At Road Divider In KK

 2018-04-20 10:11:24

Five Ways China's Past Has Shaped Its Present

 2018-04-20 09:16:38

$30 Billion Philippine Stock Rout Gets Domestic Bulls Buying

 2018-04-20 10:09:30