FacebookInstagramTwitterContact

 

12-Year Old Kids Selected To Represent Brunei Darussalam At Football For Friendship Programme In Russia           >>           Fenerbahce Game Abandoned After Fans Throw Objects At Besiktas Coach           >>           Arsenal's Arsene Wenger: Patrick Vieira Could Succeed Me One Day           >>           Final Of English Language Debating Competition           >>           Mukim Bokok Consultative Council 6th Annual General Meeting           >>           Lalla Meryem Cup: Nicole Garcia Holds Two-Shot Lead On Day One           >>           Ettore Messina To Coach Spurs In Game 3 Vs. Warriors           >>           Lance Armstrong To Pay $5M To Settle U.S. Government Fraud Lawsuit           >>           Photography Exhibition           >>           Administrative Assistant And Secretarial Convention Closing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

admin@brudirect.com

 

ADVERTISING

marketing@brudirect.com

 

PRESS RELEASE

pr@brudirect.com

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:12AM

Doha

: 06:35AM

Zohor

: 12:20PM

Asar

: 03:32PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:37PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


86 syarikat asing berpotensi adakan usaha sama


YANG Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

 


 March 13th, 2018  |  11:11 AM  |   326 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof menjelaskan bahawa, kementeriannya telah mengenal pasti 86 buah syarikat-syarikat asing berpotensi untuk mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat di Negara Brunei Darussalam. Iaitu menerusi 'cluster group' yang telah dikenal pasti adakah ia halal ataupun pelancongan dan sebagainya.

 

Senarai syarikat-syarikat di luar negeri yang berpotensi tersebut menurut Yang Berhormat, akan dijemput ke negara ini dan seterusnya diperpanjangkan kepada pihak industri untuk meneliti selanjutnya mana-mana syarikat yang dapat ditarik ataupun dijemput untuk membuat pelaburan di Negara Brunei Darussalam, dan seterusnya untuk dipertimbangkan oleh pihak industri di negara ini.

 

Yang Berhormat Menteri HELNP menjelaskan demikian ketika menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman mengenai salah satu Petunjuk Prestasi Utama di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan yang telah dinyatakan di dalam senarai Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara Tahun Kewangan 2018/2019, iaitu mengenal pasti syarikat-syarikat asing yang berpotensi untuk mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat Negara Brunei Darussalam di luar negara atau dan membuat pelaburan di Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty yakin jika pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dapat membuka jalan melalui misi-misi perdagangan dan membuat beberapa perjanjian usaha sama dengan negara-negara yang berpotensi untuk diceburi supaya akan dapat menolong pengusaha-pengusaha tempatan untuk bergiat aktif dalam mempromosikan produk-produk tempatan. Di samping akan dapat membantu peningkatan pencapaian KPI pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan mengembangkan lagi kepelbagaian kemasukan ekonomi  ke negara ini.

 

Manakala mengenai penglibatan ahli-ahli yang profesional dalam pembangunan dan pembinaan aset-aset Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di luar negara, terutamanya dari segi pembinaan Kediaman Rasmi dan Pejabat-Pejabat Pesuruhjaya-Pesuruhjaya tinggi ataupun kedutaan. Menurut Yang Berhormat Menteri HELNP ianya sentiasa dirujuk kepada pihak Kementerian Pembangunan dari segi standardnya, dari segi 'design' dan keperluan atau standard  di negara tersebut.

 

Seterusnya bagi program pelajar dan biasiswa yang diketengahkan ataupun ditawarkan kepada pelajar-pelajar di negara-negara ASEAN pula, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semenjak beberapa tahun ini, tidak lagi memegang biasiswa tersebut dari segi peruntukannya, tetapi telah diambilalih oleh Kementerian Pendidikan sementara pemilihan dan pencalonan masih lagi dibuat menerusi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bagi mendapatkan 'effect political' yang disarankan iaitu untuk membina persahabatan antara Negara ASEAN ataupun bukan ASEAN, jelas Yang Berhormat Menteri HELNP.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Zabaidah Haji Salat

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com

 

Related News


Hotel Guests Dry Clothes At Road Divider In KK

 2018-04-20 10:11:24

Five Ways China's Past Has Shaped Its Present

 2018-04-20 09:16:38

$30 Billion Philippine Stock Rout Gets Domestic Bulls Buying

 2018-04-20 10:09:30